Empat Model Ini Dinobatkan Sebagai Telefon Pintar Berkamera Terbaik 2019 Oleh DXOMARK Comments Off on Empat Model Ini Dinobatkan Sebagai Telefon Pintar Berkamera Terbaik 2019 Oleh DXOMARK 133

DXOMARK, portal yang menjadi penanda aras untuk kamera telefon baru-baru ini telah mengiktiraf HUAWEI Mate 30 Pro, Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition (Mi Note 10 Pro di Malaysia), Apple iPhone 11 Pro Max, dan Samsung Galaxy Note 10+ 5G sebagai telefon berkamera terbaik untuk tahun 2019.

Keempat-empat telefon yang dipilih nampaknya adalah model terbaik yang mengungguli kelompok teratas dalam senarai. Walaupun skor yang diperolehi setiap peranti ada yang sama, setiap satunya memiliki skor yang tidak sama untuk pecahan kategori foto dan video.

Menurut DXOMARK, senarai yang dikeluarkan ini adalah untuk membantu pengguna memilih telefon pintar berkamera yang terbaik untuk digunakan. Tambah mereka, setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Daripada segi harga, kami melihat antara keempat-empat model ini hanya Mi CC9 Pro Premium Edtion sahaja yang ditawarkan pada harga mampu milik. Selebihnya jauh lebih mahal malah Galaxy Note10+ versi 5G pula tidak dijual di Malaysia.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend