Pemasangan Skrin Pelindung Menggunakan Mesin Belkin Kini Ditawarkan Di Machines Malaysia Comments Off on Pemasangan Skrin Pelindung Menggunakan Mesin Belkin Kini Ditawarkan Di Machines Malaysia

Pengguna iPhone di Malaysia kini boleh mendapatkan perkhidmatan pemasangan skrin pelindung terbaru daripada Belkin di semua stor terpilih Machines bermula hari ini. Belkin Trueclear Pro Advanced Screen Care 2.0 merupakan mesin pemasang skrin pelindung yang pertama di Malaysia.

Sekiranya anda menggunakan peranti iPhone 6 dan ke atas, anda tidak perlu risau dengan teknik pemasangan tradisional yang rumit kerana skrin pelindung ini akan dipasang dengan tepat menggunakan mesin yang boleh dikendalikan oleh anda sendiri. Proses pemasangan yang mengambil masa beberapa minit ini juga menyediakan kelengkapan seperti kain microfiber, pelekat, cecair pembersih, dan squeegee.

Melalui Belkin Trueclear Pro Advanced Screen Care 2.0, anda boleh mendapatkan skrin pelindung Invisiglass Ultra pada harga RM145 dan untuk skrin pelindung penuh (5D) ia dijual pada harga RM165 sekeping termasuk kos pemasangan.

Buat masa ini, ia tidak ditawarkan kepada pengguna Android. Jadi, jika anda seorang pengguna Samsung Galaxy Note 9 anda boleh lupakan hasrat untuk mendapatkan skrin pelindung ini.

Kelebihan yang diberikan kepada yang memasangnya, anda akan diberikan jaminan sehingga dua tahun yang mana kami lihat jaminan paling lama pernah diberikan untuk sekeping pelindung skrin. Belkin Trueclear Pro Advanced Screen Care 2.0 hanya eksklusif di stor Machines sekitar Lembah Klang dan akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend