Elephone U2 Didemonstrasikan Kepada Umum Dengan Rekaan Dwi Kamera Hadapan Tersembunyi Dan Tiga Kamera Utama Comments Off on Elephone U2 Didemonstrasikan Kepada Umum Dengan Rekaan Dwi Kamera Hadapan Tersembunyi Dan Tiga Kamera Utama

Baru-baru ini Elephone dikhabarkan telah menghadiri satu pameran di China bagi mendemonstrasikan peranti terbaharu keluarannya iaitu model Elephone U2.

Apa yang menariknya tentang peranti ini adalah sokongan dwi kamera yang tersembunyi di sebalik kerangkanya. Bagi memudahkan anda memahaminya, kamera pada Elephone U2 ini sama seperti rekaan kamera pop-up pada Vivo NEX. Selain kedudukan kameranya yang ditempatkan di tengah-tengah kerangka, ia tersedia dengan dwi kamera beresolusi 20MP + 2MP.

Tidak cukup dengan itu, Elephone U2 yang dijana oleh MediaTek Helio P60 dengan skrin penuh 6.26 inci FHD+ ini turut menyokong tiga kamera utama beresolusi 12MP + 5MP + 2MP. Dengan sokongan ruang storan 4GB + 64GB, ia juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500 mAh.

Di dalam acara itu juga Elephone turut memperkenalkan satu lagi model yang memfokuskan kepada skrin dengan rekaan takuk seperti titisan air dengan model Elephone A6. Jika dibandingkan dengan Elephone U2, spesifikasi yang disokongnya oleh model ini lebih rendah iaitu dijana dengan MediaTek Helio P22, skrin 6.24 inci HD+, memori 4GB + 32GB, kamera swafoto 13MP, tiga kamera utama 16MP + 2MP + 2MP, dan juga bater berkapasiti 4000 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend