Elephone Soldier – Peranti Tahan Lasak Pertama Dengan Skrin 2K Comments Off on Elephone Soldier – Peranti Tahan Lasak Pertama Dengan Skrin 2K

Jenama yang masih belum menemui jalan masuk ke Malaysia hari ini memperkenalkan Elephone Soldier – sebuah peranti tahan lasak untuk kegunaan mereka yang berada dalam bidang ekstrem.

Menerusi info yang diterima, Elephone Soldier bakal ditabalkan sebagai telefon pintar pertama di dunia dilengkapi skrin beresolusi 2K (2560 x 1440p). Difahamkan peranti ini memiliki cip pemproses berkuasa 10 teras disamping memori 4GB RAM dan piihan storan sama ada 64GB atau 128GB.

Pada jabatan kamera, Soldier mengenakan kamera utama 21MP berteknologi Sony. Namun untuk kamera depan, tiada maklumat diterima setakat ini. Melengkapkan ia sebagai peranti askar, jumlah tenaga pada bateri dilihat hadir dengan kapasiti besar. Bateri 5,000mAh mampu digunakan di dalam situasi kecemasan untuk menghantar panggilan SOS pada bila-bila masa. Terdapat juga fungsi kompas fizikal pada telefon ini.

Tahan lasak bermakna binaan tubuh haruslah kukuh. Jadi, peranti ini direka dengan sokongan kalis air dan debu IP68. Melaluinya, pengguna boleh mencampak Soldier ke dalam sungai apabila keadaan menjadi semakin tegang.

Buat masa ini, spesifikasi yang terperinci masih belum dikeluarkan oleh pihak Elephone di China. Apa-apapun kita tunggu sehingga ia dilancarkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend