Elakkan Daripada Memuat Turun Lebih 100 Aplikasi Ini Di Google Play Store Comments Off on Elakkan Daripada Memuat Turun Lebih 100 Aplikasi Ini Di Google Play Store

Pastinya ada di antara anda di luar sana yang pernah berhadapan dengan situasi di mana telefon pintar yang dimiliki kerap memaparkan iklan secara tiba-tiba. Lebih menjengkelkan, iklan itu akan dipaparkan penuh pada paparan skrin dan akan dipaparkan secara kerap sehingga mengganggu apa yang sedang anda lakukan.

Baru-baru ini pasukan penyelidik di White Ops Threat Intelligence telah mendedahkan senarai 104 judul aplikasi yang dikenal pasti menyokong kod modul ‘Soraka’ dan ‘Sogo’, yang mana ia akan memaparkan paparan iklan penuh pada skrin telefon pintar Android pengguna.

Contoh aplikasi dengan malware yang akan memaparkan iklan tanpa henti pada peranti Android.

Lebih memburukkan keadaan, penggunaan kod ini akan menyukarkan perisian anti-malware atau anti virus untuk mengesan aplikasi tersebut. Ini sekaligus menyebabkan pengguna sukar untuk mengenal pasti aplikasi mana yang menjadi punca kepada permasalahan itu.

Apa mengejutkan setakat ini lebih daripada 4.6 juta kali aplikasi yang disenaraikan memiliki kedua-dua kod modul itu telah dimuat turun di Google Play Store.

Selain menerima penarafan yang rendah di Google Play Store, kebanyakan pengguna telah meninggalkan komen bahawa aplikasi ini akan menyebabkan iklan akan dipaparkan secara automatik tanpa henti.

Senarai pakej aplikasi yang perlu dielakkan daripada dimuat turun:

  • art.photo.editor.best.hot
  • bedtime.reminder.lite.sleep
  • com.am.i.the.best.friends.hh
  • com.appodeal.test
  • com.beauty.mirror.lite
  • com.bedtimehelper.android
  • com.bkkmaster.android
  • com.calculator.game
  • com.card.life
  • com.cartoon.camera.pro.android
  • com.code.identifier.android
  • com.code.recognizer.android
  • com.color.spy.game
  • com.cute.kittens.puzzlegame.android
  • com.cute.love.test.android
  • com.daily.wonderfull.moment
  • com.dailycostmaster.android
  • com.dangerous.writing.note
  • com.data.securite.data
  • com.days.daysmatter365.android
  • com.days.remind.calendar
  • com.detector.noise.tool
  • com.dodge.emoji.game
  • com.dog.bark.picture.puzzle
  • com.drink.water.remind.you
  • com.ezzz.fan.sleep.noise
  • com.fake.call.girlfriend.prank2019
  • com.fakecaller.android
  • com.fake.caller.plus
  • com.false.location
  • com.fancy.lovetest.android
  • com.fast.code.scanner.nmd
  • com.filemanagerkilopro.android
  • com.filemanagerupro.android
  • com.filemanageryo.android
  • com.filemanagerzeropro.android
  • com.find.difference.detective.little
  • com.find.you.lover.test
  • com.frame.easy.phone
  • com.frank.video.call.lite
  • com.free.code.scanner.nmd
  • com.free.lucky.prediction.test
  • com.funny.lie.truth.detector
  • com.funny.word.game.english
  • com.game.color.hunter
  • com.ice.survival.berg
  • com.idays.dayscounter.android
  • com.important.days.matter
  • com.instanomo.android
  • com.isleep.cycleclock.android
  • com.led.color.light.rolling
  • com.lite.fake.gps.location
  • com.lovetest.plus.android
  • com.love.yourself.women
  • com.lucky.charm.text
  • com.lucky.destiny.teller
  • com.magnifying.glass.tool
  • com.math.braingame.puzzle.riddle
  • com.math.iq.puzzle.riddle.braingame
  • com.math.puzzles.riddle.braingame
  • com.multiple.scanner.plus.nmd
  • com.my.big.days.counter
  • com.my.constellation.love.work
  • com.my.pocker.mobile.mirror
  • com.nanny.tool.data
  • com.nice.mobile.mirror.hd
  • com.nomophotoeditor.android
  • com.non.stop.writing
  • com.phone.lite.frame
  • com.phone.mirror.pro
  • com.pocker.pro.mobile.mirror
  • com.prank.call.fake.ring
  • com.phonecallmaker.android
  • com.pro.test.noise
  • com.puzzle.cute.dog.android
  • com.scan.code.tool
  • com.simple.days.counter
  • com.sleep.comfortable.sounds
  • com.sleep.in.rain
  • com.sleepassistantool.android
  • com.sleeptimer.android
  • com.smart.scanner.master.nmd
  • com.test.find.your.love
  • com.test.fortune.tester
  • com.test.lover.match
  • com.tiny.scanner.tool.nmd
  • com.wmmaster.android
  • com.word.fun.level.english
  • good.lucky.is.coming.hh
  • mobi.clock.android
  • my.lucky.goddness.today.test
  • newest.android.fake.location.changer
  • nmd.andriod.better.calculator.plus
  • nmd.andriod.mobile.calculator.master
  • nmd.android.best.fortune.explorer
  • nmd.android.better.fortune.signs
  • nmd.android.clam.white.noise
  • nmd.android.fake.incoming.call
  • nmd.android.good.luck.everyday
  • nmd.android.location.faker.master
  • nmd.android.multiple.fortune.test
  • nmd.android.scanner.master.plus
  • nmd.android.test.what.suitabl
  • photo.editor.pro.magic
  • pic.art.photo.studio.picture
  • relax.ezzz.sleep.cradle
  • super.lucky.magican.newest
  • test.you.romantic.quize
  • well.sleep.guard.relax
  • your.best.lucky.master.test.new
  • com.ssdk.test
  • bedtime.reminder.lite.sleep
  • com.frank.video.call.lite.pro.prank
  • com.personal.fortune.text
  • com.daily.best.suit.you
  • com.false.call.trick

Cara untuk mencari pakej aplikasi pada peranti Android:

Bagi memastikan telefon pintar anda tidak memiliki aplikasi dengan sokongan kod modul ‘Soraka’ dan ‘Sogo’, anda boleh memeriksanya melalui aplikasi File Manager → Internal storage → Android → data. Sekiranya anda boleh menemui mana-mana aplikasi seperti yang disenaraikan di atas, anda boleh terus memadam folder dan juga aplikasi tersebut dari peranti Android milik anda.

Tips untuk memuat turun aplikasi di Google Play Store dengan lebih selamat…

Individu yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya akan sentiasa memikirkan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengguna untuk memuat turun sesuatu aplikasi yang memiliki niat yang tidak baik atau aplikasi malware. Jadi sebelum anda memuat turun sesebuah aplikasi, pastikan anda membaca terlebih dahulu komen daripada individu lain yang pernah memuat turun aplikasi itu sebelum ini.

Selain penarafan yang rendah, pemberian penarafan 3 bintang ke bawah boleh menjadi penunjuk awal kualiti sesebuah aplikasi.

Kami sarankan anda untuk membaca ruangan komen dengan penarafan bintang terendah kerana kebiasaannya ia akan mendedahkan sisi tidak baik atau kekurangan sesebuah aplikasi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend