EKSKLUSIF!!! Pandang Pertama vivo V9 Pra-Pelancaran 3 2398

Model terbaru vivo V9 merupakan sebuah  smartphone yang mengetengahkan fungsi selfie dan hadir dengan spesifikasi paparan dan dalaman yang lebih baik dari vivo V7 & V7+. Seperti kebanyakan model smartphone dari China, vivo V9 juga turut mengikuti tren terkini di mana ia hadir dengan paparan ber-notch dan fungsi pengecaman muka.

Team TeknoRatz berjaya mendapatkan vivo V9 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. So, harini boleh belanja korang pandang pertama vivo V9!

 

Fizikal & Rekaan

Secara keseluruhannya, memang tak lari jauh dari berita yang kita dengar sebelum ini. Rekaan vivo V9 mengikut tren semasa dengan notch dan juga paparan hampir penuh. Dari imej ini, kita juga dapat melihat butang navigasi telah direka semula, kini pemilik vivo V9 perlu melakukan pergerakan swipe untuk mengakses fungsi butang home, recent apps dan juga back.

Pada panel belakang, korang boleh lihat dwi-kamera menegak ala-ala iPhone X dan juga pengesan cap jari. Bahagian panel ini diperbuat dari kaca dan antara kekurangan yang terus kami nampak pada vivo V9 adalah betapa senangnya panel belakang ini comot dengan kesan minyak. Namun ini bukanlah isu yang sangat besar, kerana ia adalah masalah normal dan kebanyakan pengguna pastinya akan mendapatkan casing. Dan seperti biasa, vivo juga membekalkan casing di dalam pakej jualan vivo V9.

 

Spesifikasi

Mengesahkan apa yang kita dengar sebelum ini mengenai vivo V9. Ia sudah pasti hadir dengan cip Snapdragon 626 Octa -Core, Android Oreo 8.1, 4GB RAM dan 64GB ROM.

Di samping itu, selain memberikan fungsi yanng trending seperti paparan ber-notch, dwi kamera dan pengecaman muka, vivo V9 juga hadir dengan fungsi Triple Card Slot yang membolehkan 2 kad SIM dan 1 kad Micro SD digunakan dalam satu-satu masa.

Dijangkakan vivo V9 akan dilancarkan pada minggu hadapan dengan harga RM 1,499.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend