[EKSKLUSIF] Kad Memori Huawei NM Berkapasiti 128GB Akan Dijual Bermula Awal November Pada Harga RM298 0 237

Pada 21 Oktober yang lepas, kami telah diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa Huawei Malaysia akan hanya membawa masuk kad memori NM dengan kapasiti 128GB sahaja untuk pasaran tempatan.

Hari ini melalui sumber yang sama, kami telah menerima satu lagi berita terbaru berhubung perkara tersebut yang mana telah mengesahkan bahawa kad memori NM yang diperkenalkan oleh Huawei itu akan mula dijual secara rasmi bermula minggu pertama November 2018.

Kad memori NM berkapasiti 128GB ini akan dijual pada harga RM298 dengan jaminan waranti selama 1 tahun (1 to 1 exchange). Malah ia juga akan didatangkan sekali dengan pembaca kad memori 2 dalam 1 daripada Huawei.

Sebagai rujukan, kad memori NM daripada Huawei ini hanya boleh digunakan pada siri Mate 20 dan juga model flagship keluaran Huawei yang lain pada masa akan datang.

 

Baca juga:

[EKSKLUSIF] Huawei Malaysia Dikhabarkan Akan Hanya Membawa Masuk Kad NM Berkapasiti 128GB Sahaja

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kad Memori NM Keluaran Huawei?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend