[EKSKLUSIF] Huawei Malaysia Dikhabarkan Akan Hanya Membawa Masuk Kad NM Berkapasiti 128GB Sahaja Comments Off on [EKSKLUSIF] Huawei Malaysia Dikhabarkan Akan Hanya Membawa Masuk Kad NM Berkapasiti 128GB Sahaja

Di dalam majlis pelancaran siri Mate 20 yang berlangsung pada 16 Oktober yang lalu, Huawei dilihat telah merevolusikan rekaan kad memori microSD buat pertama kalinya selepas 15 tahun ianya diperkenalkan dengan kemunculan kad NM keluarannya.

Melalui sumber yang boleh dipercayai yang telah kami terima, Huawei Malaysia telah dikhabarkan akan membawa masuk kad NM untuk pasaran tempatan. Walau bagaimanapun menurut perkongsian yang didedahkan oleh sumber itu lagi, hanya kad NM dengan kapasiti 128GB sahaja akan diperkenalkan di Malaysia. Buat masa ini harga dan tarikh jualan kad NM itu masih lagi belum didedahkan.

Kad NM keluaran Huawei menyokong kapasiti maksimum sehingga 256GB.

Untuk pengetahuan anda, kad NM (Nano Memory card) yang hadir dengan rekaan sama seperti kad nano SIM ini hanya boleh disokong pada siri Mate 20 sahaja iaitu Mate 20, Mate 20 Pro dan juga Mate 20 X.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend