[Eksklusif] Honor Play – Pandang Pertama Sebelum Pelancaran Rasmi Comments Off on [Eksklusif] Honor Play – Pandang Pertama Sebelum Pelancaran Rasmi 752

Honor Play ialah telefon pintar yang menfokuskan kepada permainan mudah alih. Peranti ini juga peranti pertama keluaran Honor yang menggunakan sistem GPU Turbo. Bagi korang yang tak tahu GPU Turbo itu apa, integrasi ini membantu pemproses utama mengoptimumkan sebaik mungkin pengalaman permainan daripada segi grafik serta kelancaran.

Baiklah, daripada segi dalaman kita dah tahu ia cukup berkuasa dan apa kata kita imbas sekali aspek luaran peranti ini. Honor Play dibina dengan tubuh badan logam berwarna kusam. Ia hadir dengan skrin bertakuk serta ruang bezel nipis di dagu yang menempatkan logo jenama.

Skrin 6.3″ FHD+.

Di sebelah belakang pula, pertama sekali kita boleh nampak dengan jelas pengimbas cap jari di bahagian tengah. Selain itu, terdapat dwi kamera utama diletakkan secara menegak disamping LED flash di sebelah bawah. Kamera ini juga nampaknya menyokong penggambara AI seperti Honor 10 sebelum ini.

Dwi kamera utama 16MP + 2MP dengan perkataan AI Camera.

Di permukaan bawah, terdapat cop jenama honor serta alamat ia dikilangkan selain logo CE dan tong sampah. Oh ya, dibalik panel logam ini Honor Play dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3,750mAh dan cipset Kirin 970.

(kiri) Speaker, port USB Type-C, dan bicu audio.

Satu kelainan pada peranti ini daripada model-model Honor yang lain ialah jalur antena tambahan di atas dan dibawah kerangka. Kami yakin ia direka untuk memberi isyarat rangkaian yang lebih kuat sewaktu bermain game. Maklumlah, kalau nak main game online ini mestilah tak nak internet tersekat-sekat bukan.

Seperti yang anda dapat lihat jalur antena tambahan dibawah dan diatas kerangka.

Honor Play dijalankan dengan antaramuka EMUI dan Android Oreo terbaru. Sebelum terlupa, di takuk skrin ia menyediakan kamera swafoto 16MP yang berupaya menyokong sistem nyakunci peranti Face Unlock.

Earpiece tidak sokong speaker stereo

Jadi untuk spesifikasi lanjut kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi nanti di Malaysia pada 7 Ogos depan. Untuk artikel ulasan, kami akan sisipkan dalam artikel selanjutnya.

Lihat juga: [VIDEO EKSKLUSIF] : Buka Kotak Honor Play Dengan Sokongan Teknologi GPU Turbo

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend