eDompet Touch N’ Go Kini Lebih Praktikal – Plaza Tol SMART Dan LKSA Antara Yang Terbaharu Comments Off on eDompet Touch N’ Go Kini Lebih Praktikal – Plaza Tol SMART Dan LKSA Antara Yang Terbaharu 451

Pelaksanaan sistem ETC (kutipan tol elektronik) telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh plaza tol di Malaysia pada tahun 2017. Touch N’ Go merupakan sistem pembayaran utama yang digunakan oleh kita sejak sekian lama. Sama ada menyentuh kad di pondok atau tidak (SmartTAG), kita telah diperkenalkan dengan RFID dan kini eDompet Touch N’ Go.

Dalam pertemuan pihak TNG Digital dan media semalam, syarikat ini turut mengumumkan eDompet Touch N’ Go kini boleh digunakan di dua lagi konsesi tol iaitu di Lebuhraya SMART dan LKSA (Lebuhraya Kemuning-Shah Alam) selain daripada Lebuhraya DUKE yang pernah diumumkan sebelum ini.

Jika ada yang masih belum faham bagaimana eDompet Touch N’ Go ini berfungsi (selain digunakan untuk RFID), ia boleh digunakan untuk membuat pembayaran tol di tiga lokasi (seperti yang disebutkan di atas). Caranya mungkin sedikit berbeza dengan RFID, tetapi kaedahnya adalah sama seperti kaedah lama dengan menyentuh kad di pondok.

Kelebihannya aplikasi ini adalah ia menawarkan beberapa ciri seperti boleh memaut tiga kad fizikal TNG (maksimum tiga kad), memantau dan menyemak baki setiap kad, dan menariknya kesemua pembayaran akan ditolak daripada kredit eDompet. Tetapi sekiranya kredit eDompet tidak mencukupi, barulah kredit di dalam kad fizikal akan ditolak.

Pengguna boleh menambah nilai eDompet Touch N’ Go mereka pada bila-bila masa menerusi perbankan online atau menggunakan kad kredit atau debit. Tambah nilai auto juga boleh dilanggan bagi mereka yang tiada masa untuk menyemak akaun eDompet setiap masa.

TNG Digital pada masa sama ingin menyakinkan para pengguna dengan adanya sistem baharu ini, ia dapat memudahkan pengguna melakukan pembayaran di lebuhraya dengan lebih lancar. Tambah mereka, sistem eDompet Touch N’ Go akan diperluaskan di kebanyakan konsesi tol seluruh negara pada masa akan datang. Malahan, cadangan pembayaran tol tanpa pondok tol menerusi sistem MLFF (Multi-Free Flow) akan menjadi realiti di masa hadapan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend