eDompet Touch ‘n Go Kini Diterima Di Semua Kedai 99 Speedmart Dengan Ganjaran Pulangan Tunai Comments Off on eDompet Touch ‘n Go Kini Diterima Di Semua Kedai 99 Speedmart Dengan Ganjaran Pulangan Tunai 122

Touch ‘n Go dan 99 Speedmart kini telah mengumumkan untuk memperluaskan pilihan pembayaran tanpa tunai di kalangan pengguna Malaysia dengan penerimaan eDompet Touch ‘n Go di semua 1469 cawangan kedai 99 Speedmart di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada jalinan kerjasama ini, eDompet Touch ‘n Go akan turut menawarkan ganjaran bernilai RM250,000 dalam bentuk pulangan tunai untuk pelanggan 99 Speedmart yang layak bagi tempoh terhad. Untuk mendapatkan pulangan tunai bernilai RM4, anda hanya perlu membelanjakan RM20 dan ke atas dalam satu resit menggunakan eDompet Touch ‘n Go.

Pulangan tunai RM4 ini boleh dinikmati melalui transaksi yang dibuat di mana-mana kedai 99 Speedmart di seluruh negara sebelum 31 Oktober 2019 nanti. Tawaran ini hanya dihadkan untuk dua kali pulangan tunai untuk setiap pengguna bagi sepanjang tempoh promosi berlangsung.

Muat turun aplikasi eDompet Touch ‘n Go:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend