eDompet Touch ‘n Go Kini Boleh Digunakan Untuk Pembayaran Di Semua Restoran KFC Di Malaysia Comments Off on eDompet Touch ‘n Go Kini Boleh Digunakan Untuk Pembayaran Di Semua Restoran KFC Di Malaysia 405

Baru-baru ini TNG Digital Sdn Bhd telah mengumumkan satu lagi kerjasama strategik dengan rangkaian restoran terbesar negara iaitu KFC Malaysia. Melalui jalinan kerjasama itu, pemilik eDompet Touch ‘n Go boleh menikmati kaedah bayaran tanpa wang yang jauh lebih mudah dan lancar di semua restoran KFC di seluruh negara.

Sempena dengan pengumuman kerjasama dan bagi meraikan bulan Ramadan, rakyat Malaysia boleh menikmati 20% (bergantung kepada terma dan syarat) diskaun untuk 5 ketul ayam ‘KFC Bucket Kongsi’, dan promosi ini sah bermula 16 Mei 2019 hingga 17 Jun 2019. Selain itu, pengguna baharu eDompet Touch ‘n Go juga boleh mendapatkan PIN tambah nilai TNG bernilai RM10 secara percuma di restoran KFC terpilih.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang eDompet Touch ‘n Go, sila layari https://www.tngdigital.com.my/ atau laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/touchngoewallet/.

Muat turun aplikasi eDompet Touch ‘n Go:

Baca juga:

Buat Belian Juadah Di Bazar Ramadhan Kampung Baru Tanpa Tunai Dengan eDompet Touch ‘n Go

Pemasangan Percuma RFID Dilanjutkan Sehingga Jun 2019 Dengan Beberapa Lokasi Baharu

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend