Edisi Terhad (PRODUCT)RED Untuk Model iPhone 8 Dan 8 Plus Akan Diumumkan Esok Comments Off on Edisi Terhad (PRODUCT)RED Untuk Model iPhone 8 Dan 8 Plus Akan Diumumkan Esok

Sebagaimana yang pernah kami kongsikan pada hujung bulan lepas, Apple dikatakan akan tampil dengan edisi terhad (PRODUCT)RED untuk model iPhone 8 dan 8 Plus.

Hari ini laman MacRumours telah mendedahkan bahawa Apple akan mengumumkan kehadiran edisi terhad ini bermula esok. Perkara ini telah disahkan melalui memo dalaman yang diterima oleh pekerja di Virgin Mobile. Walau bagaimanapun melalui memo yang diterima itu, Apple tidak pula menyatakan edisi terhad (PRODUCT)RED untuk model iPhone X, jadi berkemungkinan model ini tidak akan diperkenalkan.

Apple sebelum ini telah memperkenalkan edisi terhad (PRODUCT)RED buat pertama kalinya melalui model iPhone 7 dan 7 Plus.

Melalui memo itu juga, sesi pra-tempah untuk (PRODUCT)RED bagi model iPhone 8 dan 8 Plus akan turut diumumkan, tetapi masih tidak dapat disahkan tarikh rasminya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend