Edisi Terhad OPPO F9 x Shiseido Starry Purple Akan Dijual Secara Eksklusif Di Lazada Pada 3 Oktober Comments Off on Edisi Terhad OPPO F9 x Shiseido Starry Purple Akan Dijual Secara Eksklusif Di Lazada Pada 3 Oktober

Bersempena dengan pelancaran OPPO F9 dalam warna Starry Purple yang akan berlangsung pada 2 Oktober nanti, OPPO Malaysia telah berkolaborasi dengan jenama kosmetik antarabangsa, Shiseido.

Melalui jalinan kerjasama ini, pengguna di negara ini boleh mendapatkan kotak hadiah edisi terhad OPPO F9 x Shiseido Starry Purple yang akan dijual secara eksklusif di Lazada pada 3 Oktober bermula jam 12 tengahari (selagi stok masih ada). Dengan setiap pembelian kotak hadiah edisi istimewa ini, pembeli akan turut menerima gincu Shiseido Rouge Rouge dalam warna Primrose (RS419) bernilai RM108 secara percuma.

Lebih istimewa, pembeli akan turut menerima kad servis solekan pantas hasil sentuhan daripada Shiseido. Terdapat dua pilihan solekan yang akan ditawarkan iaitu Romantic Daily Look ataupun Chic and Cool Night Look yang tersedia di cawangan Shiseido terpilih. Buat masa ini harga jualannya masih lagi belum didedahkan kepada umum dan sebagai rujukan, OPPO F9 dalam warna Sunrise Red dan Twilight Blue sebelum ini telah ditawarkan pada harga RM1,399.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend