
Dalam usaha meneruskan komitmen untuk menawarkan lebih banyak produk di bawah ekosistem gaya hidup pintar, HONOR baru-baru ini telah mengumumkan siri edisi terhad HONOR MagicWatch 2 hasil kolaborasi dengan pereka grafik terkenal termasuk Jacky Tsai, George Greaves, Wang DongLing dan juga Giovanni Ozzola.
HONOR x Jacky Tsai – Floral Horse HONOR x Jacky Tsai – Shanghai Tang Cafe
Edisi terhad HONOR MagicWatch 2 ini bukan sahaja tampil dengan sentuhan grafik yang unik, tetapi ia turut didatangkan dengan tema pra-pasang untuk mengubah penampilan dan gaya si pemakai.
HONOR x Giovanni Ozzola – Ficus HONOR x Giovanni Ozzola – Old Walls HONOR x Giovanni Ozzola – One Day
Melalui pertandingan HONOR Global Watch Face Design yang berjaya menarik minat sehingga 1400 penyertaan, dengan 85 rekaan muka jam telah terpilih untuk dimuat turun di HUAWEI Health App bermula Februari 2020 nanti.
HONOR x George Greaves – The Palm Tree HONOR x Wang DongLing – Cheng Hao
Dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari, HONOR MagicWatch 2 didatangkan dalam dua saiz berbeza iaitu 46mm dan 42mm (akan datang). HONOR MagicWatch 2 Charcoal Black dijual pada harga RM699, manakala Flax Brown pula ditawarkan pada harga RM749 di hihonor.com/my dan juga HONOR Experience Stores (HES) di seluruh negara.
Baca juga: