Edisi Istimewa Huawei Nova 3 Primrose Gold Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Menarik Comments Off on Edisi Istimewa Huawei Nova 3 Primrose Gold Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Menarik

Artikel yang lepas kami ada memberitahu anda bahawa Huawei akan membawa masuk Huawei nova 3 dalam pilihan warna Primrose Gold ke pasaran Malaysia. Jadi selepas beberapa hari selepas pengumuman dibuat, hari ini peranti itu mula dijual pada harga RM1,919 seunit.

Edisi Primrose Gold dikemaskan dengan warna emas dan ia dilengkapi cip pemproses Kirin 970 bersama integrasi AI. Melalui teknologi ini, dwi kamera depan dan belakang mampu mengambil gambar yang cantik serta kemas setanding peranti premium lain di pasaran.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan nova 3 edisi Primrose Gold, anda boleh kunjungi kedai Huawei Experience Store, kedai dalam talian Huawei, dan stor Digi yang berdekatan hari ini. Setiap pembelian, pelanggan akan membawa pulang kad keistimewaan nova dengan ganjaran sehingga RM1,000.

Spesifikasi

  • 6.3″ FHD+ 2340 x 1080p
  • Kirin 970
  • Android 8.1 / EMUI 8.2
  • 6GB + 128GB
  • Sokong microSD sehingga 256GB
  • Kamera belakang 24MP + 16MP
  • Kamera depan 24MP + 2MP
  • 3,750mAh (9V/2A)
  • USB Type-C + 3.5mm bicu audio
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend