DxOMark Umum Akan Mula Mendedahkan Ulasan Kamera Untuk Jenama Yang Tidak Pernah Diuji Sebelum Ini Comments Off on DxOMark Umum Akan Mula Mendedahkan Ulasan Kamera Untuk Jenama Yang Tidak Pernah Diuji Sebelum Ini 164

Apabila sebut sahaja tentang keupayaan prestasi penggambaran pada telefon pintar, DxOMark boleh dikatakan antara laman sesawang yang menjadi rujukan terbaik kepada pengguna, bahkan buat pengeluar telefon pintar itu sendiri. Ini jelas dapat dilihat melalui ulasan prestasi penggambaran yang terdiri daripada pelbagai model terkenal di pasaran.

Melalui pengumuman terbaru yang telah dikongsikan oleh DxOMark melalui Twitter, mereka dilaporkan akan mula menguji keupayaan penggambaran untuk satu lagi jenama yang tidak pernah diuji setakat ini. Namun melalui perkongsian tweet itu, DxOMark tidak pula mendedahkan jenama telefon pintar tersebut, tetapi telah mengesahkan ulasan kamera untuk jenama itu akan didedahkan tidak lama lagi.

OPPO Reno 10x Zoom

Berdasarkan ruangan komen pada perkongsian tersebut, rata-rata daripada pengguna meneka bahawa OPPO adalah jenama yang dimaksudkan. Malah model spesifik yang diteka adalah OPPO Reno 10x Zoom, ini kerana model ini menjanjikan keupayaan penggambaran antara yang terbaik dengan tiga kamera beresolusi 48MP (Sony IMX586) + 8MP (Ultra Wide Angle) + 13MP (Telephoto).

Menariknya ia juga turut menggunakan lensa periskop yang mampu menyokong 6x zum optikal, 10x zum hibrid dan juga sehingga 60x zum digital, mengatasi 50x zum digital pada HUAWEI P30 Pro.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend