DxOMark Mendedahkan Skor Untuk Kamera Swafoto – Pixel 3 Dan Galaxy Note 9 Catat Mata Tertinggi Comments Off on DxOMark Mendedahkan Skor Untuk Kamera Swafoto – Pixel 3 Dan Galaxy Note 9 Catat Mata Tertinggi

DxOMark hari ini buat pertama kalinya telah mendedahkan skor untuk kamera swafoto yang diperolehi oleh telefon pintar di dalam laman rasminya. Bagi memastikan keputusan yang terbaik, DxOMark telah menggunakan protokol ujian yang dikhususkan untuk penggambaran swafoto.

Sama seperti ujian untuk kamera utama, ujian kamera depan ini turut diasingkan kepada dua kategori utama iaitu gambar dan video. Setiap satu kategori dipecahkan pula kepada beberapa kriteria berbeza seperti warna kulit, pendedahan cahaya pada wajah, kesan efek bokeh untuk mod potret dan banyak lagi.

Google Pixel 3
Samsung Galaxy Note 9

Apa yang menariknya, Google Pixel 3 dan Samsung Galaxy Note 9 telah berkongsi tangga teratas dengan skor yang sama iaitu 92 mata. Namun jika dilihat dengan lebih terperinci, Pixel 3 telah berjaya mencatatkan skor gambar swafoto yang lebih tinggi iaitu 99 mata, berbanding Galaxy Note 9 dengan 96 mata. Sungguhpun begitu, skor yang dicatatkan oleh Galaxy Note 9 pula adalah lebih baik berbanding Pixel 3.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend