DXOMARK: HONOR 30 Pro+ Menduduki Tempat Kedua Dalam Senarai Comments Off on DXOMARK: HONOR 30 Pro+ Menduduki Tempat Kedua Dalam Senarai

Siri HONOR 30 telah dilancarkan hari ini dan HONOR turut menampilkan telefon paling premium mereka iaitu HONOR 30 Pro+. Peranti tersebut memiliki konfigurasi kamera yang mantap dengan kehadiran sensor utama sebesar 50MP.

Menurut DXOMARK, senarai telefon pintar berkamera kini nampaknya telah dikemas kini dengan kemunculan HONOR 30 Pro+ di tempat kedua dibawah HUAWEI P40 Pro. Skor yang diperolehi sebanyak 125 poin oleh HONOR 30 Pro+ juga meninggalkan pesaing lain seperti OPPO Find X2 Pro, Xiaomi Mi 10 Pro, dan lain-lain lagi.

Salah satu faktor yang membuatkan telefon pintar HONOR terbaru ini mendapat skor yang tinggi adalah kerana ia dilengkapi sensor kamera belakang yang besar serta berkeupayaan membuat zum yang jauh. Sensor 50MP 1/1.28″ (output 12MP) ini untuk pengetahuan anda adalah daripada Sony IMX700 yang terbaru, malahan lensa periskop yang dimuatkan juga mampu mengezum jauh sehingga 5x secara optikal dengan bantuan OIS. Jangan dilupakan cipset Kirin 990 5G juga mempunyai prestasi yang baik daripada segi AI maka tidak hairanlah peranti ini berada di kelompok teratas senarai DXOMARK.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend