DxOMark Dilaporkan Sedang Menguji Keupayaan Penggambaran Kamera Sony Xperia 1 Comments Off on DxOMark Dilaporkan Sedang Menguji Keupayaan Penggambaran Kamera Sony Xperia 1

Hari ini DxOMark yang menjadi portal penanda aras untuk prestasi kamera telefon pintar telah mengumumkan bahawa mereka sedang menguji keupayaan kamera utama dan juga kamera depan sebuah model misteri. Walaupun tidak didedahkan model yang dimaksudkan itu, gambar itu disahkan sebagai Sony Xperia 1 kerana ia tampil dengan sokongan skrin yang panjang.

Tidak dinafikan Sony merupakan antara pengeluar sensor kamera telefon pintar yang terbaik di pasaran dan ia sering digunakan pada peranti mercu daripada pengeluar popular yang lain. Namun begitu jika diperhatikan pada prestasi penggambaran peranti Sony Xperia, ia agak mengecewakan kerana ia berada di kelompok paling bawah dengan skor kurang daripada 90 mata.

Sebagai rujukan, Sony Xperia 1 hadir dengan sokongan tiga kamera beresolusi 12MP + 12MP (Telephoto, 2x zum optikal) + 12MP (Ultra Wide Angle), dan juga kamera depan beresolusi 8MP. Jadi persoalannya, adakah peranti pertama daripada Sony Xperia dengan sokongan tiga kamera ini mampu berada di dalam kelompok 10 telefon pintar?! Sama-sama kita nantikan pendedahannya nanti…

Baca juga:

Takhta Teratas DxOMark Kini Dirampas Oleh Samsung Galaxy Note 10+ 5G Dengan 113 Mata

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend