DxOMark Bakal Menambah Protokol Penilaian Untuk Kamera Telefon Pintar 0 206

Apabila ingin merujuk kepada keupayaan penggambaran kamera pada telefon pintar, DxOMark sering dijadikan rujukan kerana ia menjanjikan protokol penilaian penggambaran standard untuk semua model yang diuji.

Namun begitu seiring dengan penambahbaikan keupayaan penggambaran telefon pintar yang kini hadir dengan pelbagai mod penggambaran baharu, DxOMark baru-baru ini telah mengumumkan akan menambah beberapa protokol penilaian untuk ujian yang akan dijalankan pada masa akan datang.

Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2017 yang lal DxOMark telah menambah protokol penilaian bokeh (latar belakang kabur) dan juga keupayaan zum, bagi memenuhi keupayaan penggambaran telefon pintar pada masa itu. Kini mereka telah mengumumkan akan menambah lebih banyak mod ujian seperti efek kecantikan, mod malam, sudut luas dan banyak lagi.

Setakat ini Huawei P20 Pro dilihat masih mengungguli takhta kamera telefon pintar terbaik untuk tempoh lebih lapan bulan berturut-turut dengan 109 poin. Manakala tempat kedua disandang oleh Apple iPhone XS Max dengan 105 poin, dan HTC U12+ serta Samsung Galaxy Note 9 telah berkongsi tempat ketiga dengan 103 poin.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend