DXOMARK Audio: Nubia Red Magic 3S Peroleh Kurang 1 Poin Berbanding Black Shark 2 Pro Comments Off on DXOMARK Audio: Nubia Red Magic 3S Peroleh Kurang 1 Poin Berbanding Black Shark 2 Pro

Apabila merujuk kepada telefon pintar gaming, selain pemproses berkuasa, bateri berkapasiti besar dan dilengkapi sistem penyejukan, speaker stereo yang lantang juga perlu diambil kira.

Ternyata Nubia Red Magic 3S masih tidak mampu menyaingi kehebatan speaker stereo ROG Phone II, apabila ia hanya mencatatkan skor DXOMARK Audio sebanyak 50 poin sahaja.

Dengan kekurangan 1 poin berbanding Black Shark 2 Pro, Nubia Red Magic 3S berada di kedudukan ketiga paling rendah untuk ujian speaker yang dijalankan oleh DXOMARK.

Dari segi keupayaan memainkan semula audio, Nubia Red Magic 3S mencatatkan skor sebanyak 52 poin. Tetapi agak mengecewakan kerana prestasi rakaman audio menggunakan peranti ini adalah sangat rendah iaitu hanya 44 poin.

Sungguhpun begitu, skor rakaman audio Nubia Red Magic 3S sebenarnya tidaklah seteruk Black Shark 2 Pro yang hanya mencatatkan 39 poin sahaja.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend