Duta Produk Samsung Disaman USD1.6 Juta Akibat Menggunakan iPhone Comments Off on Duta Produk Samsung Disaman USD1.6 Juta Akibat Menggunakan iPhone 649

Akibat menggunakan peranti berjenama lain semasa ditemu bual di satu rancangan temu bual terbitan Rusia, Ksenia Sobchak telah disaman sebanyak USD1.6 juta (~RM6.67 juta) oleh pihak Samsung. Ini kerana selebriti tersebut adalah seorang duta produk yang telah dilantik Samsung.

Tuntutan saman yang dibuat adalah kerana duta tersebut didapati tidak menghormati perjanjian dan semasa rancangan ke udara beliau dilihat sedang bermain iPhone X miliknya. Walaupun Sobchak berusaha menutup logo jenama Apple menggunakan jari dan kertas, ternyata tindakan beliau menerima padah.

Kes saman sebegini masih belum terjadi di Malaysia walaupun kadang-kadang kita terlihat duta produk tersebut mempamerkan peranti berjenama lain miliknya di media sosial.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend