Dua Negara Jiran Terima Lebih Awal Siri Realme 2 Comments Off on Dua Negara Jiran Terima Lebih Awal Siri Realme 2

Sub-jenama Oppo, Realme yang sebelum ini hanya memasarkan peranti mereka secara eksklusif di India telah mengumumkan dimana meraka akan hadir ke negara-negara Asia Tenggara tidak lama lagi. Terbaru, poster acah memperlihatkan tarikh pelancaran di Indonesia pada 9 Oktober depan.

Negara seterusnya pula ialah di Vietnam memandangkan dua negara ini sudah mula memuat naik poster acah di laman sesawang masing-masing. Melaluinya, dua peranti iaitu Realme 2 dan Realme 2 Pro dijangka akan diperkenalkan. Selain daripada itu, kita juga boleh lihat latar poster dihiaskan dengan rekaan takuk kecil seakan Oppo F9 dan Vivo V11.

Realme 2 memiliki spesifikasi seperti skrin paparan 6.2-inci HD+, memori 3GB/4GB, dan storan 32GB/64GB yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 450. Kamera utama pula didatangkan dengan sensor 13MP + 2MP disamping kamera depan 8MP. Dikuasakan daripada bateri 4,230mAh, peranti ini dijual di India bermula pada harga INR8,990 (~RM513) seunit.

Memandangkan negara-negara jiran telah sah menerima peranti ini, apa cerita pula di Malaysia? Kita nantikan..

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend