DJI Mavic Mini Dilancarkan Dengan Saiz Badan Kompak, Berat 249g, Kamera 2.7K Comments Off on DJI Mavic Mini Dilancarkan Dengan Saiz Badan Kompak, Berat 249g, Kamera 2.7K 228

DJI hari ini telah melancarkan sebuah lagi dron terbaru yang diberi nama DJI Mavic Mini. Dron ini hadir dengan saiz badan yang kompak sebesar telapak tangan dengan berat badan 249g sahaja. Ia didatangkan dengan beberapa aksesori tambahan yang menarik untuk digunakan.

DJI Mavic Mini boleh diterbangkan selama 30 minit dengan sekali pengecasan dan boleh dikawal sehingga 4km jauhnya. Ia boleh merakam video beresolusi 2.7K QHD menerusi lensa kamera 3-paksi 12MP dengan teknologi Vision Sensor dan GPS Precide Hover.

Seperti dron DJI yang lain, ia juga boleh merakam video dalam bentuk format Dronie, Rocket, Circle, dan Helix. Suntingan video boleh dibuat dengan mudah hanya menggunakan aplikasi yang dibekalkan.

DJI Mavic Mini ditawarkan di laman sesawang rasmi pada harga USD399 (~RM1667) untuk badan sahaja manakala unit kombo pada harga USD499 (~RM2085). Apa yang membezakan ialah, unit kombo disertakan sekali barang tambahan seperti pek bateri, kipas, kabel USB, skru, dan pelindung kipas.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend