DJI Mavic Mini Dengan Rekaan Kompak Sudah Boleh Dipra-tempah Pada Harga Bermula RM1,599 Comments Off on DJI Mavic Mini Dengan Rekaan Kompak Sudah Boleh Dipra-tempah Pada Harga Bermula RM1,599 247

Hari ini VSTEC Astar selaku pengedar rasmi DJI di Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran dron kompak DJI Mavic Mini untuk pengguna tempatan. Di dalam majlis tersebut, DJI Mavic Mini akan ditawarkan dalam dua pakej iaitu pakej asas berharga RM1,599 dan juga RM1,999 untuk pakej lengkap.

Pakej asas – RM1,599:

  • DJI Mavic Mini
  • Alat kawalan
  • Bateri
  • Propellers tambahan
  • Kabel dan alatan yang diperlukan

Pakej lengkap – RM1,999 (sama seperti pakej asas dengan tambahan berikut):

  • 360° Propeller Cage
  • Hab pengecasan dua-hala
  • Bateri x2 unit
  • Set propellers x3 set
  • Sarung pelindung

Pra-tempah DJI Mavic Mini sudahpun dibuka bermula hari ini melalui penjual VSTEC atau pengedar DJI yang sah di seluruh negara, dan akan mula menerimanya bermula pertengahan bulan November ini. Manakala pra-tempah untuk aksesori DJI Mavic Mini pula akan dibuka bermula hujung November 2019.

DJI Mavic Mini yang dilengkapi dengan kamera beresolusi 12MP menggunakan sensor 1/2.3″ ini turut menyokong three-axis motorized gimbal, yang mampu menstabilkan kamera dengan lebih baik. Tampil dengan rekaan sebesar tapak tangan dengan berat hanya 249 gram, DJI Mavic Mini mampu merakam video dalam kualiti 2.7K 30fps ataupun 1080p 60fps.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend