DJI Mavic Air 2 Dilancarkan – Kini Boleh Terbang Selama 34 Minit Comments Off on DJI Mavic Air 2 Dilancarkan – Kini Boleh Terbang Selama 34 Minit

Dron kompak boleh lipat DJI Mavic Air 2 telah dilancarkan secara rasmi hari ini dengan keupayaan terbang lebih lama berbanding generasi terdahulu. Dron itu kini boleh berada di udara selama 34 minit dengan sekali pengecasan penuh.

Sistem kamera turut dipertingkatkan dengan sensor 48MP yang membolehkan rakaman video 4K 60fps, 1080p 120fps, Hyperlapse 8K, dan HDR Photo dan Video dibuat pada jarak maksimum 18.5 kilometer dari pengawal. Selain itu, dron ini juga menyokong penstriman 1080p 30fps.

Sistem keselamatan yang dipanggil APAS 3.0 pula berfungsi mengelakkan dron daripada berlanggar dan kini ia lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Berat dron adalah 570g yang boleh dilipat apabila tidak digunakan. Untuk alat kawalan pula, reka bentuknya telah diubahsuai dengan kedudukan telefon kini diletakkan di bahagian atas selain warnanya pula dicat dengan warna kelabu.

Di Malaysia, DJI Mavic Air 2 ditawarkan pada harga RM4290 yang mana pemilik akan menerima set kombo yang menyertakan:

  • Mavic Air 2 Aircraft ×1
  • Remote Controller ×1
  • Intelligent Flight Battery ×1
  • Low-Noise Propellers ×3 (pairs)
  • RC Cable (USB-C Connector) ×1
  • RC Cable (Lightning Connector) ×1
  • RC Cable (Standard Micro-USB Connector) ×1
  • Control Sticks ×1 (pair)
  • Gimbal Protector ×1
  • Battery Charger ×1
  • Manual ×1
  • AC Power Cable ×1
  • USB 3.0 Type-C ×1
  • Battery Charging Hub (Mavic Air 2 Fly More Combo)
  • Battery to Power Bank Adaptor (Mavic Air 2 Fly More Combo)
  • Shoulder Bag (Mavic Air 2 Fly More Combo)
  • ND Filters Set (ND16/64/256) (Mavic Air 2 Fly More Combo)

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend