DJI Mavic 2 Pro Mungkin Dilancarkan Pada 23 Ogos Bersama Phantom 5 Comments Off on DJI Mavic 2 Pro Mungkin Dilancarkan Pada 23 Ogos Bersama Phantom 5

DJI telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan sidang media pada 23 Ogos ini. Sidang media ini sepatutnya telah berlangsung pada 18 Julai lalu tetapi pihak DJI telah menangguhkannya. Melalui kongsian di Instagram, syarikat ini memaklumkan acara yang akan diadakan kelak ialah yang terbesar pada tahun ini, jadi kita boleh menjangka produk utama turut sama diumumkan.

Gambar DJI Phantom 5 dan DJI Mavic 2 Pro yang tertiris beberapa bulan lalu

Khabar angin kuat mengatakan generasi kedua Mavic akan diperkenalkan. Kali ini dengan dua versi berbeza iaitu Mavic 2 Zoom dan Mavic 2 Pro. Pada masa sama, DJI juga akan membawakan Phantom 5 bersama-sama dalam acara pelancaran nanti. Sementara itu, syarikat dron terbesar China ini juga telah memuat naik video di YouTube memperlihatkan slogan “See the bigger picture” dan “Now, get ready for the nex chapter”.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend