DJI Mavic 2 Pro Dan Mavic 2 Zoom Dengan Sistem AI Dan Kipas Lebih Senyap Dilancarkan Comments Off on DJI Mavic 2 Pro Dan Mavic 2 Zoom Dengan Sistem AI Dan Kipas Lebih Senyap Dilancarkan

Seperti yang dijadualkan, DJI Mavic 2 kini dilancarkan secara rasmi. Bukan satu model tetapi DJI tampil dengan dua model di bawah siri yang sama. Dikenali sebagai DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom, kedua-dua dron ini membawa watak yang tersendiri.

Dua dron ini masih mengekalkan rekaan boleh lipat yang mudah dibawa. DJI Mavic 2 Pro dilengkapi kamera L1D-20c yang direka khas oleh Hasselblad yang menjanjikan imej rakaman terbaik melalui sensor besar. Sementara DJI Mavic 2 Zoom pula sudah tentu mengenakan zum optikal sehingga 2-kali menggunakan lensa CMOS 24-48mm untuk mendapatkan imej yang lebih dekat dan tajam.

DJI Mavic 2 dikatakan mampu merakam video 4K dan terbang pada kelajuan 72 kmj selama 31 minit. Rekaan kipas propelar juga kini lebih senyap berbanding generasi terdahulu. Kedua-dua dron ini hadir dengan integrasi AI pada sensor penerbangan yang berfungsi untuk mengelak sebarang pelanggaran atau kemalangan.

DJI Mavic 2 Pro dijual pada harga USD1,449 (~RM5,954) dan Mavic 2 Zoom pada harga USD1,249 (~RM5,132) di Amerika Syarikat. Tidak diketahui sama ada akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend