DJI Mavic 2 Pro Dan Mavic 2 Zoom Akan Dijual Pada Harga Bermula RM5,699 Pada Penghujung September Ini Comments Off on DJI Mavic 2 Pro Dan Mavic 2 Zoom Akan Dijual Pada Harga Bermula RM5,699 Pada Penghujung September Ini 1145

Selepas DJI melancarkan dua dron terbarunya pada penghujung Ogos yang lalu, kini ECS Astar Sdn Bhd selaku pengedar rasmi produk keluaran DJI telah mengumumkan ketersediaan siri terbaru Mavic 2 di Malaysia pada penghujung September nanti.

Siri Mavic 2 ini merupakan dron paling termaju dan ikonik pernah diperkenalkan kerana model Mavic 2 Pro merupakan dron pertama di dunia menyokong kamera Hasselblad, manakala Mavic 2 Zoom pula merupakan dron boleh-lipat yang pertama di dunia dengan keupayaan zum optikal. Lebih istimewanya, siri Mavic 2 ini turut menyokong platform yang lebih berkuasa dengan gimbal kamera yang lebih stabil dan juga fungsi Hyperlapse serta ActiveTrack.

DJI Mavic 2 Pro

Dengan ketahanan masa penerbangan sehingga 31 minit, Mavic 2 Pro dengan sokongan kamera Hasselblad boleh mengambil gambar 20MP dengan warna yang lebih tepat menggunakan teknologi Hasselblad Natural Color Solution (HNCS). Ia juga hadir dengan aperture boleh laras f/2.8-f/11.

DJI Mavic 2 Zoom

Manakala Mavic 2 Zoom pula menawarkan kamera 12MP dengan kombinasi 2x zum optikal (24-48mm) dan juga 2x zum digital untuk mensimulasikan lensa telefoto 96mm. Malah teknologi fokus auto hibrid pada dron ini juga dikatakan mampu meningkatkan masa fokus sehingga 40% berbanding sebelum ini.

Mavic 2 Pro akan dijual pada harga RM6,599 dan Mavic 2 Zoom pula dijual pada harga RM5,699 (termasuk SST). Pengguna yang berminat boleh memilikinya pada penghujung September ini melalui kesemua pengedar ECS Astar Sdn Bhd di seluruh negara dan juga Lazada.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend