Diskaun Sehingga RM400 Untuk Unit Terhad Bagi Model HUAWEI Terpilih – 8 Hingga 15 Ogos 2019 Comments Off on Diskaun Sehingga RM400 Untuk Unit Terhad Bagi Model HUAWEI Terpilih – 8 Hingga 15 Ogos 2019 242

Bermula hari ini (8 Ogos 2019)  hingga 15 Ogos 2019 nanti, HUAWEI Malaysia akan menganjurkan pelbagai tawaran hebat melalui promosi ‘Be Young Be Adventurous’ secara eksklusif melalui platform e-dagang rasminya – HUAWEI Online Official Store. Sepanjang tempoh promosi, anda boleh menikmati diskaun sehingga RM400 untuk peranti terpilih, peluang memenangi baucar bernilai sehingga RM88, hadiah percuma, dan juga tawaran aksesori dengan diskaun 20% tanpa kos penghantaran.

PromosiINFINITY DROP’:

Sepanjang promosi, anda boleh mendapatkan baucar bernilai sehingga RM88 untuk pembelian atas talian dalam cara yang sangat mudah. Anda hanya perlu mengakses laman HUAWEI Online Official Store untuk mengumpul simbol ‘infiniti’ yang dipaparkan pada skrin sebanyak mungkin. Baucar boleh ditebus untuk pembelian dengan nilai minimum RM500 dan baucar sah digunkan pada 8 hingga 15 Ogos 2019.

Promosi ‘FLASH DEALS’:

Ditawarkan dalam kuantiti yang terhad, anda boleh menikmati diskaun sehingga RM400 untuk peranti HUAWEI terpilih pada tarikh yang spesifik. Untuk memastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini, jualan kilat ini akan dimulakan bermula jam 12 tengahari seperti berikut:

Promosi ‘FREE GIFTS’:

Sepanjang tempoh promosi itu juga, setiap pembelian peranti HUAWEI terpilih akan turut menerima hadiah percuma dengan nilai maksimum mencecah sehingga RM1,600. Berikut adalah senarai produk dan juga hadiah percuma yang akan diterima apabila dibeli antara 8 hingga 15 Ogos 2019 nanti:

Promosi ‘WEDNESDAY ACCESSORIES DEALS’:

Pada 14 Ogos 2019 (Rabu), anda boleh menikmati diskaun 20% dan juga penghantara percuma untuk aksesori daripada HUAWEI. Walau bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung promosi ini akan hanya didedahkan secara rasmi pada hari promosi itu berlangsung pada minggu depan.

Menariknya bermula hari ini, HUAWEI turut mengumumkan penawaran aksesori baharu iaitu HUAWEI 12000 40W SuperCharge Power Bank yang dijual pada harga RM358. Dengan kapasiti 12000mAh, ia turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 40W.

Promosi ‘HUAWEI EXTENDED WARRANTY’:

Sebagaimana yang pernah kami kongsikan sebelum ini, setiap pembelian peranti terpilih daripada HUAWEI akan menikmati jaminan waranti tambahan sehingga dua tahun. Untuk menikmati tawaran ini, anda boleh membuat pembelian peranti terpilih bermula 1 Julai hingga 30 September 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend