Diskaun RM100 Untuk realme 6i Di Shopee Pada 23 April 2020 Comments Off on Diskaun RM100 Untuk realme 6i Di Shopee Pada 23 April 2020

realme 6i telah dilancarkan di Malaysia pada minggu lalu dengan tanda harga bermula RM699 untuk varian 3GB+64GB. Tetapi anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah di Shopee bermula tengah malam ini, 23 April 2020.

Jualan kilat selama 24 jam itu menawarkan potongan harga RM100 sekaligus menurunkan harga peranti kepada RM599 seunit.

realme 6i hadir dengan spesifikasi seperti kuadkamera belakang dengan sensor utama 48MP, cip pemproses MediaTek Helio G80, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W, dan paparan sebesar 6.5-inci HD+.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend