Diharapkan Lebih Banyak Pengendali Memperkenalkan Pembayaran Tanpa Tunai – Menteri Pengangkutan Comments Off on Diharapkan Lebih Banyak Pengendali Memperkenalkan Pembayaran Tanpa Tunai – Menteri Pengangkutan

Kementerian Pengangkutan berharap lebih banyak pengendali perkhidmatan pengangkutan akan mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai pada masa akan datang.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata langkah itu akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam dan bilangan penumpang.

“Sejak tahun lepas, perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) telah menyatakan bahawa dia mahu melihat masyarakat Malaysia tidak terkecuali untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai”.

“Ini untuk menaikkan keupayaan dalam banyak bidang serta menangani amalan rasuah kerana dengan tanpa tunai, setiap transaksi akan direkodkan,” katanya selepas melancarkan Kempen Pengangkutan Awam Tanpa Tunai yang dianjurkan oleh Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di sini, hari ini.

Kempen ini juga melibatkan rakan strategik ERL seperti Boost e-wallet, GrabPay, Mastercard, Maybank, Touch ‘n Go, UnionPay dan Visa dalam mempromosikan sistem pembayaran tanpa tunai.

Loke berkata sistem ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan ia dapat dijalankan secara meluas.

Beliau berkata sistem itu akan membolehkan pengendali pengangkutan menganalisis data penggunaan dan trend perkhidmatan supaya mereka boleh menjadi lebih inovatif dalam melaksanakan harga dinamik untuk pengguna perkhidmatan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend