Digi Umum Bakal Membuka Pra-Tempah Untuk Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober 2019 Comments Off on Digi Umum Bakal Membuka Pra-Tempah Untuk Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober 2019 313

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah mengumumkan akan membuka pra-tempah Apple Watch Series 5 (GPS + Cellular) untuk pelanggannya bermula 25 Oktober 2019 (jam 12.01 pagi). Selain dibuka untuk pengguna talian pascabayar, pelanggan prabayar Digi juga boleh membuat pra-tempah tetapi dengan syarat menukar ke talian pascabayar ketika membuat tempahan.

Selain daripada itu, Digi juga akan turut menawarkan Apple Watch Series 5 (GSP + Cellular) dengan Digi PhoneFreedom 365 bermula 1 November 2019. Untuk memiliki jam tangan pintar terbaharu daripada Apple ini, anda boleh melayari laman rasmi di https://www.digi.com.my/.

Apple Watch Series 5 (GPS + Cellular) tersedia dalam dua saiz berbeza iaitu 40mm dan juga saiz 44mm yang dijual pada harga bermula daripada RM2,199.

Baca juga:

Apple Watch Series 5 Kini Rasmi Dengan WatchOS 6, Paparan ‘Always-On Retina’ Dan Kompas Terbina-Dalam

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend