Digi Raikan Tahun Baharu Dengan Pelbagai Ganjaran Hebat Untuk Pelanggan Pascabayar Comments Off on Digi Raikan Tahun Baharu Dengan Pelbagai Ganjaran Hebat Untuk Pelanggan Pascabayar

Bagi meraikan sambutan tahun baharu ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kini telah mengumumkan penggunaan Internet sepanjang hari bermula 19 Disember 2019. Melalui ‘All-Day All-Usage Internet’, pelanggan pascabayar Digi kini boleh mengakses Internet pada bila-bila masa sepanjang hari pada setiap bulan.

Selain itu Digi turut memperkenalkan Bonus Kesetiaan sebagai ganjaran kepada pelanggannya. Digi akan menawarkan Internet tambahan sehingga 10GB pada setiap bulan kepada pelanggan yang setia bagi setiap enam bulan. Menariknya tawaran Internet tambahan ini boleh dinikmati 2 kali setahun, selagi pelanggan terus setia menggunakan Digi.

Kesemua pelanggan Digi pascabayar yang telah menggunakan pelan terpilih, kuota Internet yang dinaik taraf dan juga bonus ini akan dinikmati secara automatik pada bil berikutnya.

Pelanggan Digi juga kini boleh menikmati 2x telefon pintar dan 2x Internet dengan harga bermula daripada RM40 sebulan, melalui pelan bayaran ansuran telefon Digi PhoneFreedom 365. Antara model telefon pintar yang ditawarkan termasuklah iPhone 7 Plus, iPhone 6s, HUAWEI P30, OPPO Reno2, Samsung Galaxy A50s, HUAWEI Nova 5T dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.digi.com.my.

Baca juga:

Digi Sediakan 7000 WiFi Hotspot Seluruh Malaysia, RM1 Sekali Akses Untuk Internet Tanpa Had

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend