Digi PhoneFreedom 365 Menawarkan Huawei P30 Pro Pada Harga RM122 Sebulan Dan Hadiah Bernilai RM400 Comments Off on Digi PhoneFreedom 365 Menawarkan Huawei P30 Pro Pada Harga RM122 Sebulan Dan Hadiah Bernilai RM400 1202

Sempena pelancaran hari jualan pertama siri Huawei P30 pada 6 April 2019 (Sabtu), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah menawarkan pelan PhoneFreedom 365 kini telah dinaik taraf untuk pelanggan yang baru berdaftar, bertukar telco dan juga pelanggan sedia ada.

Huawei P30
Huawei P30 Pro

Tanpa dikenakan sebarang bayaran pendahuluan, anda boleh memiliki peranti terbaru Huawei P30 Pro pada harga RM122 sebulan dengan langganan Digi Postpaid 120. Melalui langganan pakej ini, anda akan turut menikmati data Internet sebanyak 80GB dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Selain itu pelan ini turut menawarkan perayauan Internet 5GB percuma, serta 60 minit perayauan panggilan dan 60 minit panggilan IDD ke 10 buah negara.

Pelanggan yang membeli Huawei P30 Pro melalui pelan Digi PhoneFreedom 365 akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM400. Tidak cukup dengan itu, bersempena dengan pelancaran Digi Store di Bangsar Shopping Complex, 100 pelanggan pertama akan turut menerima hadiah tambahan bernilai sehingga RM728 apabila membeli siri Huawei P30 pada 6 April 2019.

Digi turut menawarkan perlindungan telefon pintar anda secara percuma melalui Digi Shield dengan setiap langganan pelan Digi Postpaid 190. Ini meliputi kerosakan yang tidak disengajakan, pembaikan percuma, perlindungan terhadap peranti ketika berada di luar negara dan juga proses tuntutan yang lebih mudah. Program naik taraf peranti juga turut diberikan secara percuma untuk 18 bulan dan ke atas.

Selain siri Huawei P30, Digi PhoneFreedom 365 turut hadir dengan pelbagai model lain termasuklah iPhone, Samsung, OPPO, Vivo dan juga ASUS. Untuk maklumat lanjut sila layari https://new.digi.com.my/.

Miliki siri Huawei P30 secara eksklusif di Huawei Online Stores:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend