Digi, MPay Dan Mastercard Bekerjasama Untuk Menawarkan Kad Pembayaran Prabayar Digital Comments Off on Digi, MPay Dan Mastercard Bekerjasama Untuk Menawarkan Kad Pembayaran Prabayar Digital

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) baru-baru ini telah mengumumkan kerjasamanya dengan ManagePay Systems Berhad (MPay) dan juga Mastercard dalam usaha untuk menyokong teknologi pembayaran digital di negara ini.

Melalui kerjasama ini, kad prabayar digital akan dibangunkan menjelang suku pertama tahun ini dalam membolehkan pengguna tempatan untuk membuat pembayaran digital dalam talian dan juga pembelian dalam-aplikasi melalui penjual yang menerima Mastercard di seluruh dunia.

Kad prabayar digital ini dibangunkan khusus untuk pengguna yang mahukan kemudahan transaksi dalam talian apabila membuat pembelian. Mereka hanya perlu mendaftar, mengaktifkan dan menggunakan kad Mastercard yang dimiliki untuk semua pembayaran digital dengan menggunakan satu aplikasi mudah alih yang dijamin selamat dan mudah untuk digunakan.

Inisiatif yang diambil oleh Digi ini dilihat sangat bersesuaian dengan masanya kerana menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Mastercard, rakyat Malaysia telah menunjukkan peningkatan pembelian dalam talian dengan mencatatkan 89% pada penghujung tahun 2017 yang lalu. Berbanding dengan tahun 2015, ia hanya mencatatkan sekitar 81% sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend