Digi Menawarkan Insurans Percuma COVID-19 Kepada 200,000 Pelanggan Pertama Comments Off on Digi Menawarkan Insurans Percuma COVID-19 Kepada 200,000 Pelanggan Pertama

Tatkala rakyat Malaysia bersatu memainkan peranan dalam memerangi Covid-19, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) tampil dengan tawaran insurans Covid Cover secara percuma bagi 200,000 pelanggan yang pertama. Ianya adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memastikan para pelanggan kekal terhubung dengan perkara yang bermakna, melindungi pelanggan melalui sebuah pelan insurans digital yang mampu milik dan mudah untuk dilanggan.

Covid Cover menawarkan perlindungan komprehensif jangka pendek bagi pelanggan yang mungkin perlu dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan ketika krisis COVID-19 terus meruncing. Pelanggan kini boleh melindungi diri mereka dengan semudah menekan butang melalui aplikasi MyDigi. Ditaja jami oleh Gibraltar BSN, Covid Cover ialah pelan insurans digital yang terbuka kepada pelanggan Malaysia berusia antara 18 hingga 60 tahun. Pelanggan yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan mudah tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan.

200,000 pelanggan yang pertama mendapatkan perlindungan percuma

Tawaran pelan Covid Cover percuma akan memberikan pelanggan perlindungan selama 30 hari setelah permohonan mereka diluluskan. Liputan tersebut merangkumi manfaat Tunai Hospital berjumlah RM60 bagi hospitalisasi akibat Covid-19, serta manfaat kematian berjumlah RM20,000. Tawaran ini dibuka sehingga 30 April 2020 atau sehingga kesemua 200,000 pelan telah dilanggan.

Sebagai contoh, jika individu melanggan Covid Cover pada 30 April 2020, mereka akan dilindungi sehingga 30 Mei 2020. Selepas tempoh itu, pelanggan tersebut akan dimaklumkan melalui SMS atau emel bahawa insurans mereka akan luput dan akan menyarankan langganan semula dengan bayaran yang berpatutan melalui MyDigi, sekiranya pelanggan masih berminat untuk melanjutkan tempoh perlindungan insurans Covid Cover.

200,000 pelanggan yang seterusnya, anda masih boleh dilindungi dengan serendah RM5 sebulan

Bagi pelanggan yang terlepas tawaran percuma ini, mereka masih boleh melanggan mana-mana pakej insurans mampu milik yang lain, dari harga serendah RM5 hingga RM20 untuk tempoh 30 hari. Kesemua pelan menawarkan pelindungan menyeluruh yang merangkumi manfaat Tunai Penghospitalan, Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK), termasuk manfaat tambahan sekiranya pelanggan menghidap Denggi atau Zika.

Premium bulanan boleh dibayar melalui bil telefon bagi pelanggan pascabayar, atau ditolak daripada kredit prabayar bagi pelanggan prabayar.

Bukan pengguna Digi juga boleh mendapatkan manfaat daripada Covid Cover

Pelan insurans Covid Cover juga ditawarkan bagi mereka yang bukan pengguna Digi melalui www.easyadd.my. Pembayaran boleh dilakukan menerusi kad debit dan kredit.

  Pelan
Silver Gold Platinum
Premium Bulanan RM5 RM10 RM20
Manfaat Kematian RM10,000 RM20,000 RM40,000
Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) RM10,000 RM20,000 RM40,000
Manfaat Tambahan Kematian Akibat Kemalangan RM10,000 RM20,000 RM40,000
Manfaat Tambahan HUMK Akibat Kemalangan RM10,000 RM20,000 RM40,000
Manfaat Tambahan Kematian Akibat Jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19), Denggi Teruk atau Jangkitan Virus Zika  RM10,000 RM20,000 RM40,000
Manfaat Tunai Penghospitalan untuk Jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19), Demam Denggi Teruk atau Jangkitan Virus Zika1 30/hari 60/hari 120/hari

Maklumat lanjut mengenai pelan insurans Covid Cover boleh didapati di http://digi.my/covidcoverweb.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend