Digi Maklum Rangkaian Sudah Kembali Pulih, Lakukan Langkah Ini Jika Masih Bermasalah Comments Off on Digi Maklum Rangkaian Sudah Kembali Pulih, Lakukan Langkah Ini Jika Masih Bermasalah 392

Awal pagi tadi pengguna Digi dikejutkan dengan masalah liputan pada telefon pintar mereka. Malah Digi juga telah mengambil maklum berkenaan masalah yang dihadapi pengguna dan berjanji akan menyelesaikannya dengan secepat mungkin.

Terkini, pihak Digi telah mengesahkan bahawa pasukan teknikalnya telah berjaya membaiki masalah tersebut. Pada masa sama turut berkongsi tips ringkas sekiranya pengguna masih lagi menghadapi masalah liputan.

Pengguna boleh mencuba dua langkah ini, masuk ke mod penerbangan (flight mode) dan kembali semula atau mula semula peranti (restart). Ini mungkin akan mengembalikan semula liputan pada peranti.

Nota: Tips ini juga boleh digunakan jika anda mengalami masalah liputan pada masa akan datang.

Digi memberitahu mereka akan memantau semua perkhidmatan dan akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang kemas kini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend