Digi, Hospital Sultanah Maliha, Dan CREST Jalani Ujian Ambulans 5G Di Langkawi Comments Off on Digi, Hospital Sultanah Maliha, Dan CREST Jalani Ujian Ambulans 5G Di Langkawi

Digi Telecomunication Sdn Bhd (Digi) telah mengumumkan kerjasama dengan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi serta Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sains dan Teknologi (CREST) untuk menguji ambulans berkeupayaan 5G yang pertama di Malaysia.

Ujian yang dilakukan di Langkawi ini adalah bertujuan untuk membekalkan kebolehan pemindahan data perubatan dalam masa nyata diantara pihak paramedik dan hospital.

Teknologi 5G pada sistem ini bermaksud data pesakit dapat disalurkan secara berterusan dari detik ketibaan paramedik di tempat kejadian, sehingga ke fasa penghantaran pesakit ke hospital. Ini adalah sebahagian daripada langkah untuk memperbaiki keberhasilan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Satu demostrasi telah dilakukan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi memperlihatkan pasukan paramedik melakukan simulasi secara langsung menunjukkan bagaimana tanda vital seperti bacaan ECG dan imbasan ultrabunyi diambil ketika dalam perjalanan ke hospital menerusi ambulans yang dipasang teknologi 5G.

Data pesakit dengan pantasnya dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital untuk doktor menganalisa dan mendiagnosis bagi penyediaan awal setibanya pesakit di hospital.

Demonstrasi ini diadakan bagi menguji keberkesanan teknologi 5G dalam bidang perubatan memandangkan 5G kini telah menjadi perhatian utama SKMM dalam memperkasakannya di Malaysia.

Buat masa ini, Digi mempunyai dua tapak ujian 5G di pulau berkenaan iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Hospital Sultanah Maliha. Stesen pangkalan mudah alih 5G yang terletak di kawasan hospital itu juga beroperasi pada spektrum 3.4 – 3.5Ghz (C-band) dengan jalur lebar 1000Mhz berserta kelajuan muat turun mencecah 1.2Gbps.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend