Digi Home Fibre Kini Tersedia Kepada Penduduk Lembah Klang Terpilih Pada Harga Bermula RM99 Comments Off on Digi Home Fibre Kini Tersedia Kepada Penduduk Lembah Klang Terpilih Pada Harga Bermula RM99

Digi Telecomunication Sdn Bhd (Digi) hari ini telah mengumumkan penawaran jalur lebar fiber untuk beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang. Kini penduduk kawasan seperti di Bandar Sunway, Bangi, Kajang, Rawang, Shah Alam, dan Subang boleh melanggan pelan jalur lebar terbaru daripada Digi pada harga serendah RM99 sebulan.

Melalui pelan Digi Home Fibre 50Mbps dan Digi Home Fibre 100Mbps, pelanggan akan menerima internet berkelajuan tinggi tanpa had pada harga RM99 dan RM129 sebulan. Kedua-dua pelan ini didatangkan bersama penghala percuma bernilai RM250 serta servis pemasangan percuma selain ia hadir dengan kontrak selama 24-bulan.

Digi Home Fibre tidak memerlukan bayaran pendahuluan dan ia terbuka kepada orang ramai termasuk pengguna Digi dan bukan pengguna Digi.

Pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang Digi Home Fibre bermula hari ini. Bagi yang berminat, terlebih dahulu anda perlu memasukkan alamat kediaman untuk tujuan semakan liputan. Sekiranya alamat tidak tersenarai, anda akan dibawa ke borang cadangan dalam talian.

Pertanyaan, semak alamat atau daftar langganan boleh dibuat di sini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend