Digi Dan ZTE Menandatangani MoU Untuk Merealisasikan Teknologi 5G Di Malaysia Comments Off on Digi Dan ZTE Menandatangani MoU Untuk Merealisasikan Teknologi 5G Di Malaysia

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ZTE (Malaysia) Corporation Sdn Bhd (ZTE) dalam usaha untuk melanjutkan penerokaan potensi teknologi 5G di negara ini.

Melalui kerjasama ini, Digi dan ZTE akan meneroka pelbagai aspek kolaborasi yang diperlukan untuk merealisasikan teknologi 5G di Malaysia, meliputi ujian sebenar 5G yang melibatkan ciri-ciri dan fungsi jaringan hujung-ke-hujung (end-to-end), serta ujian rintis bagi kes kegunaan 5G untuk jalur lebar mudah alih yang diperkayakan (enhanced Mobile Broadband), akses tanpa wayar tetap dan sebagainya.

Menurut Kesavan Sivabalan selaku Ketua Pegawai Teknologi Digi, usahasama ini akan menjadi sebahagian daripada langkah Digi untuk mengimplementasikan teknologi 5G di dalam negara. Tambah Pengarah Urusan ZTE (Malaysia), Steveng Ge, jalinan usahasama untuk menguji inovasi 5G ini juga akan memberi manfaat jangka masa panjang untuk penduduk tempatan, sekaligus merealisasikan visi 5G di negara ini.

Baca juga:

Ujian Rangkaian 5G Yang Didemonstarikan Oleh Digi Berjaya Mencapai Kelajuan 1.6 Gbps

Digi Menampilkan Perkhidmatan Kecemasan, Pendidikan Dan eSukan Berteknologi 5G Di Pameran 5G Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend