Digi dan Gibraltar BSN Lancar Polisi Insurans Digital Denggi Dan Zika Yang Pertama – Dengue Cover+ Comments Off on Digi dan Gibraltar BSN Lancar Polisi Insurans Digital Denggi Dan Zika Yang Pertama – Dengue Cover+

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melalui kerjasama dengan Gibraltar BSN Life Bhd (Gibraltar BSN) baru-baru ini telah melancarkan sebuah Pelan Perlindungan Digital Denggi Dan Zika yang dikenali sebagai Dengue Cover+. Polisi insurans digital yang pertama di negara ini turut menawarkan insurans hayat kepada para pelanggannya.

Dengue Cover+ merupakan pelan perlindungan digital yang ditawarkan secara eksklusif kepada semua pelanggan pasca bayar dan prabayar Digi sedia ada di Malaysia yang berumur antara 18 hingga 45 tahun menerusi pendaftaran mudah secara dalam talian.

Melalui perkongsian data dan maklumat semasa daripada Kementerian Kesihatan, pelanggan Digi yang berada di kawasan berisiko tinggi wabak denggi akan menerima notis pemberitahuan segera daripada pihak Digi berhubung perkara tersebut. Pada masa yang sama mereka akan turut ditawarkan peluang untuk melindungi diri serta keluarga dengan polisi insurans Dengue Cover+.

Pelan mampu milik yang boleh didapati pada harga serendah RM0.15 sehari ini akan menawarkan manfaat Tunai Hospital, manfaat Kematian, serta manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), termasuklah manfaat tambahan sekiranya pelanggan mengalami serangan virus Denggi atau Zika.

Premium akan dimasukkan terus ke akaun Digi pelanggan yang terlibat dan mereka tidak perlu menjalani sebarang bentuk pemeriksaan kesihatan. Pelanggan Digi boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dengue Cover+ dan membuat pendaftaran untuk pelan tersebut di http://digi.my/dengue.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend