Denda RM50,000 Atau Penjara Setahun Jika Sebar Kandungan Lucah Di Internet – SKMM Comments Off on Denda RM50,000 Atau Penjara Setahun Jika Sebar Kandungan Lucah Di Internet – SKMM 227

Berikutan penyebaran video lucah yang melibatkan ahli politik baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mana kerajaan akan mengambil tindakan ke atas pihak yang sebar kandungan berunsur lucah di internet.

Amaran ini diberikan kepada orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi kandungan yang jelik dan lucah di internet selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pihak yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM50,000, penjara selama setahun, atau kedua-duanya sekali.

Pada masa sama, pihak SKMM akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan. Selain itu, kerjasama dengan pihak pengendali platfom seperti Facebook turut diambil untuk memastikan kandungan lucah tersebut tidak tular.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend