DeliverEat Kini Menyokong Pembayaran Touch ‘n Go eWallet Comments Off on DeliverEat Kini Menyokong Pembayaran Touch ‘n Go eWallet

Touch ‘n Go eWallet kini sudah menjalinkan kerjasama dengan DeliverEat, sebuah syarikat penghantaran makanan dalam talian diusahakan oleh anak jati tempatan. Kerjasama ini membolehkan 7 juta pengguna Touch ‘n Go eWallet mendapat akses dengan lebih mudah kepada beraneka pilihan hidangan enak daripada 2,000 restoran dan gerai makanan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Dengan memilih pembayaran eWallet yang baharu melalui aplikasi DeliverEat, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh melakukan transaksi dengan yakin dan selamat sambil menikmati pengalaman yang tidak merumitkan serta menguntungkan terus di dalam aplikasi.

Memiliki lebih 120,000 rakan niaga, Touch ‘n Go eWallet sentiasa berinovasi untuk mengembangkan dan mempelbagaikan lagi penawarannya yang meliputi pelbagai aspek kehidupan seharian rakyat Malaysia.

“Kami dengan berbesar hatinya ingin memperkenalkan DeliverEat, perkhidmatan penghantaran makanan dari Pulau Pinang yang kini telah melebarkan sayapnya ke Lembah Klang, sebagai rakan penghantaran makanan kami yang pertama.

Memandangkan makanan dan teknologi memainkan peranan penting dalam gaya hidup pengguna hari ini, adalah relevan dan penting bagi kami untuk menceburkan diri dalam sektor penghantaran makanan bagi memenuhi evolusi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia.” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong.

Ketua Pegawai Eksekutif DeliverEat, Tan Suan Sear berkata, “Di DeliverEat, kami sentiasa menganggap syarikat kami sebagai penyedia perkhidmatan untuk rakyat tempatan yang dikendalikan oleh anak jati tempatan.

DeliverEat mengutamakan konsep membolehkan pengguna menikmati kehidupan serta makanan yang lebih baik menerusi teknologi. Oleh kerana itulah kami berasa sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang disukai oleh rakyat di negara ini dan telah mengubah cara kami berurus niaga pada hari ini.”

Baru-baru ini, Touch ‘n Go eWallet telah menerajui inisiatif transformasi tanpa tunai di Pulai Pinang. Ia merupakan perkhidmatan e-dompet pertama dan satu-satunya secara rasmi membolehkan warga Pulau Pinang merasai dan menikmati transaksi tanpa tunai di negeri itu.

Touch ‘n Go eWallet menyasarkan untuk memudahkan transaksi digital untuk semua rakyat Malaysia dengan memanfaatkan kepelbagaian komuniti di Malaysia yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat.

Sempena meraikan kerjasama ini, para pengguna boleh menikmati penghantaran harian percuma bernilai RM5 selama 366 hari apabila mereka melakukan transaksi menggunakan Touch ‘n Go eWallet.

Promosi* ini terhad kepada 1 penebusan bagi seorang pengguna, sehari di sepanjang tempoh kempen dan boleh didapati untuk 100,000 transaksi pertama.

Baca juga:

Touch ‘n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Di Jalan-jalan Warisan Di Pulau Pinang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend