DBKL Beri Diskaun Saman Kompaun, Boleh Bayar Online Bermula 1 Feb Comments Off on DBKL Beri Diskaun Saman Kompaun, Boleh Bayar Online Bermula 1 Feb

Memetik laporan daripada Bernama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia tawar kadar khas kompaun trafik serendah RM15 bermula esok, 1 Febuari hingga 3 Mac bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

“Tawaran kadar kompaun khas kepada warga kota ini adalah untuk membolehkan mereka membuat penyelesaian terhadap notis kompaun yang masih tidak dijelaskan bagi mengelakkan tindakan senarai hitam diambil terhadap mereka.

Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL, Khairul Aziz turut berkata, “Tawaran itu adalah tertakluk kepada kesalahan lalu lintas sahaja dan tidak termasuk kesalahan yang telah dibawa ke mahkamah yang dalam tindakan undang-undang atau telah disebut di mahkamah serta kes senarai hitam yang mempunyai waran tangkap.”

Tambah beliau, kadar khas kompaun ditawarkan bagi kenderaan seperti motosikal, kereta, lori, bas, dan lain-lain.

Sehingga 31 Dis 2019, sebanyak 4,914 kes telah disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakala sehingga hari ini sejumlah 107,547 kes sedia untuk dibawa ke mahkamah.

Orang ramai yang memiliki saman DBKL boleh membuat semakan dan bayaran di kaunter bayaran DBKL, semua kaunter Pos Malaysia seluruh negara, secara dalam talian seperti melalui aplikasi Mobis, atau laman sesawang MyEG bermula esok.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend