Data Percuma PUBG Mobile Untuk Semua Pengguna Yoodo 0 316

Yoodo merupakan syarikat telco yang diselia oleh Celcom Axiata Berhad dan telah dilancarkan di Malaysia pada Januari 2018. Yoodo juga membolehkan pengguna mencipta pelan bulanan mengikut kehendak pada harga yang rendah serta telus.

Hari ini Yoodo tampil dengan tawaran terbaru, memberi pengguna data internet sebanyak 20GB khusus untuk bermain PUBG Mobile. Menariknya, ia diberikan secara percuma setiap bulan tetapi pengguna perlu menambah (add-on) pelan 20GB ini sebaik memilih data asas serendah RM12. Bagaimanapun, sekiranya pengguna sudah melanggan pelan sedia ada, mereka perlu menunggu kitaran seterusnya.

Setakat ini, Yoodo masih memberikan kad SIM secara percuma kepada orang ramai. Jika berminat, anda boleh layari laman sesawang Yoodo hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend