Data LTE Tanpa Had Pada Harga RM55 Daripada Unifi Mobile Sempena Deepavali Comments Off on Data LTE Tanpa Had Pada Harga RM55 Daripada Unifi Mobile Sempena Deepavali

Bersempena perayaan Deepavali yang disambut 6 November (esok), para pengguna unifi mobile boleh mendapatkan pelan data tanpa had pada harga RM55 dengan kelajuan LTE. Promosi ini boleh dilanggan bermula hari ini hingga 10 November 2018 sahaja.

Sebaik melanggan, pelan ini boleh digunakan selama 30 hari malah ia hanya boleh digunakan pada rangkaian 4G dan bukan 3G. Tiada tawaran panggilan dan SMS dan pelanggan perlu menambahnya dengan bayaran RM10 (60 minit + 60 SMS) atau RM30 (200 minit + 200 SMS).

Selain daripada itu, untuk dua pelan BEBAS Weekly dan BEBAS Daily, pengguna boleh menikmati data tanpa had selama tujuh hari pada harga RM20 dan 24 jam pada harga RM5.

Jadi, bagi anda yang menggunakan rangkaian unifi mobile, tawaran ini boleh dilanggan terus menerusi aplikasi [email protected] yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend