Dapatkan Perlindungan LazadaCare Plus Dengan Pembelian Redmi Note 7 Di Lazada Pada 27 Mac 2019 Comments Off on Dapatkan Perlindungan LazadaCare Plus Dengan Pembelian Redmi Note 7 Di Lazada Pada 27 Mac 2019

Redmi Note 7 sudahpun dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas dan akan mula dijual untuk pasaran tempatan bermula 27 Mac 2019 ini. Bersempena dengan jualan rasmi Redmi Note 7, setiap pembelian peranti ini di Lazada akan turut ditawarkan dengan perlindungan LazadaCare Plus.

Sebagaimana yang kita ketahui, Redmi Note 7 telahpun ditawarkan dengan jaminan waranti selama 18 bulan dan dengan perlindungan tambahan daripada LazadaCare Plus. Ini bermakna Lazada akan menjanjikan perlindungan terhadap kerosakan seperti skrin retak/pecah, kerosakan disebabkan oleh air, kerosakan mekanikal dan sebagainya.

Redmi Note 7 tersedia dalam tiga varian iaitu 3GB + 32GB (RM679), 4GB + 64GB (RM799), dan 4GB + 128GB (RM949). Terdapat tiga warna boleh dipilih iaitu Black, Fantasy Blue dan Twilight Red.

Baca juga:

Redmi Note 7 Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM679, Sokong Snapdragon 660 dan Kamera 48MP Samsung GM1

Redmi 7 Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend