Dapatkan Langganan YouTube Premium Secara Percuma Dengan Pembelian Model Samsung Galaxy Comments Off on Dapatkan Langganan YouTube Premium Secara Percuma Dengan Pembelian Model Samsung Galaxy 181

Sekiranya anda bercadang untuk memiliki telefon pintar keluaran Samsung, atau merupakan pemilik telefon pintar Samsung Galaxy yang telah membuat pembelian dan mengaktifkan peranti tersebut pada 20 Februari 2019 hingga 29 Februari 2020, kini anda layak untuk menikmati akses YouTube Premium secara percuma.

Percuma 4 bulan YouTube Premium:

  • Galaxy S10e/S10/S10+
  • Galaxy Note10/Note10+
  • Galaxy Tab S5e
  • Galaxy Tab S6

Percuma 2 bulan YouTube Premium:

  • untuk semua model Samsung Galaxy yang dibeli dan diaktifkan pada 20 Februari 2019 hingga 29 Februari 2020.

Dengan YouTube Premium, anda boleh menonton video tanpa gangguan iklan dan juga boleh memuat turun YouTube Videos untuk ditonton secara offline. Malah anda juga masih boleh memainkan video secara background walaupun ketika skrin dikunci, mahupun ketika sedang menggunakan aplikasi lain.

Cara mengaktifkan YouTube Premium pada peranti Samsung Galaxy:

  1. Buka aplikasi YouTube pada peranti Samsung Galaxy anda dan akses menu Account.
  2. Klik menu ‘Get YouTube Premium’.
  3. Klik menu ‘Try it For Free’.
  4. Selesaikan proses pembelian.
  5. Kini anda boleh menonton video YouTube tanpa gangguan iklan.

Untuk maklumat lanjut tentang Samsung x YouTube Premium, sila layari www.youtube.com/premium/samsung

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend